Sunday 6 May 2012








dengan nama Allah......

indah wajahnya...kerana tenang d hatinya
terpancar sebuah kecintaan kpda saudaranya...kerana sayang di hatinya
tutur bicaranya lembut tertampal kuat di roh hati....kerana ikhlas di hatinya.....


Thursday 29 March 2012

.... bila kita sendiri...bila dugaan tiba...bila kesedihan menitis...

Demi Allah setiap manusia akan menghadapi cabaran hidupnya dengan penuh warna-warni...dan kadang-kadang warnanya begitu cantik sampaikan cahaya terangnya menyinari ke wajahnya dan secara automatiknya mengeluarkan caj positif yang InsyaAllah mampu memberikan sihar ketenangan ke hati manusia lain...TAPI ingat kadang-kadang Allah akan menukar warnanya menjadi sedikit pudar...dan disaat inilah kita akan mula melakar ,lakaran lukisan hidup kita dengan pena fikiran dan hati..samada kita akan pilih warna yang terang yang akan menerangkan lagi warna yang pudar itu ataupun kita akan biarkan warnanya menjadi semakin pudar dan mungkin kita tidak lagi dapat melihat warnanya......TAPI ingatlah sahabat.....disaat kamu keresahan kerana warna-warna hidupmu yang semakin pudar oleh kerana musuh-musuh yang menyerang janganlah kamu gentar...kerana

mohonlah doa pada Tuhanmu kerana Dia tidak akan pernah meninggalkanmu...bahkan kamulah yang selalu melupakanNYA....

Thursday 22 March 2012

... Yakinlah........

jika kita gagal...
ingatlah ade orang yang lebih gagal dari kita....
jika kita sakit...
ingatlah ade orang yang lebih sakit dari kita....
jika kita miskin...
ingatlah ade orang yang lebih miskin dari kita...
bila kita rasa ujian kita ini hebat....
maka ingatlah pasti ade orang lain yang lebih hebat ujiannya......

Tuesday 31 January 2012

saya rindu awak!!!!

dulu saya tak suka sangat2 kat dia,bila dia ada saya cuba \
tiadakan diri,bila saya ada pun                 
saya buat tak tahu je,datang 
lambatla,sakit perutla,sakit kepala la
...kemudian saya jadi 
semakin besar.kemudian tiba-tiba saya jadi dia,saya kena buat 
dia,sebab dia tanggungjawab saya,kemudian saya semakin 
besar,dia pun macam dah tak nak ada,ntah pergi mana,samada
saya cuba untuk tiadakan diri lagi atau memang dia dah tak nak
ada..kemudian sejujurnya saya kata saya rindu Dia..ye!!!betul 
tak tipu saya rindu dia..dia sebenarnya banyak tolong saya,dia 
banyak nasihatkan saya,dia banyak dengar luahan hati saya,say
jadi pandai malalui dia,saya tahu banyak perkara sebab dia 
yang cakap...saya selalu dapat benda yang orang lain tak 
ada,tapi saya ada,sebab dia bagitahu.....DIA ialah USRAH


 

Sunday 29 January 2012

kenapa atas selalu atas dan kenapa bawah selalu bawah

kenapa atas selalu atas dan kenapa bawah selalu bawah.....????x boleh ke kalau tukar method ckit.. bila la... kite nak cube ni...eemmm.... letak yang bawah ke atas dan atas turun bawah...bila la...yang atas nak tahu kerja yang bawah dan yang bawah nak pandai buat kerja yang atas..asyik orang yang sama..sememangnya Allah jadikan manusia dengan pelbagai kelebihan dan ianya tertentu,tetapi Allah tidak pernah melarang untuk mencuba kan?tak paham betul...eemmm...tangok macam...    yang diatas akan rasa macam mana berada di bawah,dan dibawah akan rasa bagaimana rasanya berada dibawah...hakikat sebuah kehidupan "hidup seperti RODA'....                                                                                                                  

Friday 27 January 2012

JoM

Sahabat ! Perjuangan ini sukar dan getir, banyak dugaan dan rintangan. Hanya pejuang yang tabah dan gigih mampu bertahan. Demi Tuhan yang Mencipta segalanya, usahlah rebah dan tewas pada badai yang melanda diri, jamaah dan ummah. Jadilah Kalian sebagai dahan kukuh tempat berpaut.

Bangunlah sahabatku dari tidur yang lena ! Bangkitlah sahabatku dari rehat yang panjang ! Kewajipan terbentang luas dihadapan kita, jangan abaikan biarpun sedetik ! Bangunkan jiwa merdeka dari belenggu jahiliyyah moden hari ini. Bebaskan diri dan jamaah dari sebarang anasir ananisme [akuisme] dan materialisme.

Ayuh sahabat ! kita tegakkan syariat Allah swt ini di dalam diri kita, nescaya ia tegak di atas tanahair kita !